suria

Cari keberkatan jual produk penjagaan wanita, Reen Rahim tak sanggup buat content panas lariskan bisnes

DEMI mendapatkan keberkatan dalam mencari rezeki, pelakon Reen Rahim memberitahu dia dan suami tidak akan membuat content sensasi demi meraih perhatian dalam perniagaan yang diusahakan.

Kata Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 36, dia lebih selesa tidak melakukan content sensasi kerana khuatir akan mengaibkan maruah diri serta keluarga.

“Karakter kami memang romantis yang kasar serta kelakar... itu cara kami, kalau cara selebriti lain itu cara mereka, saya tak fikir apa cuma jadi diri sendiri dan letakkan jiwa dalam produk saya.

“Arah dan pandangan saya lain sebab tujuannya nak mesej itu sampai, zaman sekarang ini semua bijak walaupun cakap secara santai tapi mereka faham jadi tak perlu rasanya buat adegan panas macam tu.

“Memang tak pernah terfikir nak buat macam tu sebab kami ada ibu bapa sebab sekarang ni pun mereka pening dengan kami tambah pula kalau buat aksi macam tu, lagi pun saya nak keberkatan dalam apa kerja yang dilakukan,” kata Reen kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi