suria

Kurang cuti tahun lalu, Fasha tapis tawaran luang masa dengan keluarga...Cuba tunai permintaan Aidil mahu anak lelaki

TERLALU sibuk dengan sesi penggambaran pada tahun lalu, pelakon Fasha Sandha memasang impian untuk meluangkan lebih banyak masa bersama suami dan anak-anak pada tahun 2024.

Menurut Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, ini kerana dia kurang meluangkan masa bersama keluarga memandangkan tidak mempunyai cuti tahun lalu.

“Secara jujur, Alahmdulillah rezeki murah. Saya nak lebihkan masa bersama anak-anak (pada 2024) sebab saya terlalu sibuk sampai ada bulan yang tidak ada cuti langsung.

“Pada November dan Disember tahun lalu, saya tidak ada cuti walaupun sehari pada bulan tersebut. Setiap hari kerja. Saya nak lebihkan masa dengan anak-anak,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, mengulas mengenai permintaan suaminya iaitu Aidil Aziz yang menginginkan anak lelaki, Fasha berkata, dia akan cuba untuk menunaikan hasrat tersebut.

“Insya-Allah doakan. saya di set penggambaran saya ikut watak. Manakala diluar set, saya isteri kepada Aidil dan ibu kepada anak-anak.

“Untuk anak lelaki itu, mungkin saya akan cuba tunaikan permintaan Aidil untuk mahukan anak lelaki,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi