suria

Belum masa Ayu Raudhah kembali berlakon, besarkan anak-anak lagi penting

PELAKON Ayu Raudhah belum bersedia kembali ke dunia lakonan selepas hampir tujuh tahun menyepikan diri.

Ayu atau Raudhah Che Wan, 39, berkata, buat masa ini dia sibuk menguruskan anak-anaknya yang masih kecil selain lebih selesa menjalankan perniagaan dari rumah.

Malah katanya, dia tidak mahu menyusahkan pihak produksi kerana sedar tidak dapat memberi komitmen memandangkan proses penggambaran biasanya mengambil tempoh yang panjang.

“Boleh sahaja nak buat seperti itu (kerja sehingga 5 petang). Tapi saya rasa menyusahkan orang lain. Sebab penggambaran itu, kalau kita setuju untuk komited, kena beri 100 peratus.

“Sekarang ini saya besarkan anak dan lagipun saya buat bisnes depan mata anak-anak. Buat bisnes dekat rumah sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Ayu mengakui masih rindu dalam dunia lakonan dan akan membuat kemunculan semula sekiranya sudah bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi