suria

Tidur dalam tandas, bertahun makan mi segera... Azharina tak mahu sombong, sedar diri pernah susah

PENYANYI Azharina memberitahu pernah berdepan kesusahan dan kesempitan hidup sewaktu awal kemunculan sebagai penyanyi.

Menyedari kesusahan itu, Azharina atau Azharina Azhar, 39, sentiasa mengingatkan dirinya supaya tidak mahu bersikap angkuh dan sombong dengan kejayaan yang diperolehi sekarang ini sebaliknya bersyukur kerana masih diberikan rezeki oleh Allah.

“Tak perlu malu kalau pernah hidup susah merana atau merempat sebab itu satu perjalanan dalam sebuah kehidupan dan saya pernah berdepan dengan perkara itu apabila pernah menumpang rumah orang dan kena halau waktu awal jadi penyanyi.

“Saya pernah tidur di tandas stesen kereta api KL Sentral seorang diri kemudiannya esok terus sambung kerja, waktu itu saya promosi single berjudul ‘Seandainya’.

“Saya pernah melihat kehidupan yang senang dan ditarik nikmat oleh tuhan jadi perkara itu buatkan saya belajar untuk syukuri nikmat yang Allah berikan dan tak mahu sombong kerana nikmat ini bila-bila masa boleh ditarik balik,” kata Azharina kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi