suria

Ramai menghilang selepas bapa bukan lagi PM... Hidup Dafi kini lebih selesa dan aman

PENYANYI Dafi memberitahu dia kini lebih selesa mengecilkan pergaulannya bersama kenalan dan hanya memberikan fokus kepada rakan terdekat saja.

Kata Dafi atau Gaddafi Ismail Sabri, 36, dia seronok menjalani kehidupan kini kerana tidak lagi menjadi tumpuan mahupun kecaman netizen di media sosial.

“Saya buat kerja sekarang ini sebab saya suka saja selepas 17 tahun menjadi artis saya sedar yang bukan nak kejar populariti tapi sekadar tuntutan kerja saja jadi sebab itu orang nampak macam tak aktif dan mungkin dah tua.

“Selesa dan aman dengan kehidupan sekarang ini dan bukan la tak mahu bersosial tapi kalau ada rezeki okay saja cumanya buat masa ini saya ada kerja lain yang boleh dilakukan daripada fokus ke bidang seni.

“Malah sekarang ini saya lebih suka dengan kehidupan sekarang ini kalau mana yang pergi menjauh sebab status ayah bukan lagi menteri, okay saja sebab kadang-kadang penat nak melayan semua orang,” kata Dafi kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi