suria

Boss James mengaku sedang kenal gadis Melayu, mahu belajar lebih tentang Islam... “Doakan baik-baik”

DILIHAT berkawan rapat dengan seorang wanita, tiba-tiba timbul spekulasi mengatakan personaliti media sosial Boss James bakal berkahwin tidak lama lagi.

Menafikan sedang bercinta, Boss James bagaimanapun mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang gadis berbangsa Melayu.

“Izinkan saya jaga privasi ya kecuali ia ‘official’ kalau belum lebih baik saya rasa senyap dulu dan jaga dia sebab kalau semua orang tahu nanti dia susah kalau nak keluar.

“Ya betul memang saya ada mengenali hati budi seorang wanita Melayu tapi buat masa ini itu bukan fokus saya sebab lebih baik saya lebihkan lakukan content di media sosial kerana ramai anak muda perlukan saya untuk lakukan perkara baik.

“Saya bukan Muslim dan banyak lagi yang perlu saya pelajari dan doakan yang baik-baik saja untuk saya ya,” kata Boss James kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi