suria

Vida tak mahu lagi buang duit, sudah tidak berminat jadi penaja

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida memberitahu dia tidak mahu lagi memberikan sebarang bentuk penajaan kepada mana-mana pihak selepas ini.

Sepanjang menjadi penaja beberapa program sebelum ini, Vida atau Hasmiza Othman, 53, berkata dia tidak menerima imbalan setimpal dengan hasil penajaan yang diberikan.

“Tajaan untuk saya sekarang ini memang tak berkesan baik saya tak perlu buang dan keluarkan duit malah lebih baik fokus untuk aktif live jualan di TikTok.

“Di TikTok dan media sosial saya sekarang ini alhamdulilah sangat berkesan dan diterima ramai setiap kali dijual pasti akan laris.

“Ada juga yang masih lagi minta tajaan kepada saya macam pasukan bola sepak tapi saya tak berminat buat perkara itu sebab keutamaan adalah media sosial,” kata Dsv kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi