suria

Suara mirip arwah Sudirman... Arish Mikael bukan nak tiru, ramai tegur masa busking

GARA-GARA memiliki suara persis Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, bakat penyanyi jalanan Arish Mikhael kini mendapat perhatian ramai khususnya peminat lagu-lagu penyanyi legenda itu.

Arish atau nama sebenarnya Arish Mikael Kamalruzaman mengakui ia merupakan satu cabaran besar untuk menyambung legasi penghibur nombor satu Malaysia itu.

“Syukur mendapat penerimaan baik, cumanya bagi saya itu tanggapan orang ramai saja... Sudirman merupakan seorang penyanyi yang mempengaruhi hidup saya dan tiada niat nak tiru dia pun.

“Sebelum ni masa nyanyi busking tak perasan orang cakap suara sama tapi lepas orang tegur baru saya kaji lebih lagi mengenai suara Sudirman.

“Pada awal memang ada tekanan tapi lama-kelamaan saya sendiri ubah pemikiran dan tak peduli dengan apa orang nak cakap mengenai saya,” kata Arish kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi