suria

Lan Solo bersikap profesional, lupakan kisah lama tak peduli netizen masih ungkit kes lima sekawan

PENYANYI Lan Solo mahu bergerak ke depan dan tidak lagi mengungkit konflik berlaku antara dirinya dengan Siti Nordiana sebelum ini.

Tidak mahu perkara itu menjejaskan kehidupan, Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 39, meminta orang ramai untuk melupakan kes mahkamah yang sudah selesai itu dan memulakan kehidupan baharu.

“Tahun ini mesti buka buku baru dan move on dengan apa yang jadi serta doa yang baik untuk maju ke hadapan malah apa yang berlaku selepas ini saya ikut saja.

“Saya doakan semua orang dalam keadaan baik-baik saja walaupun tak dapat puaskan hati semua orang sebab ada yang masih menunding jari kepada saya tak apa, mereka ada kehidupan sendiri begitu juga saya.

“Walaupun apa jadi saya masih lihat ini satu perkara positif untuk tahun ini dan harapnya akan datang pun sama cumanya untuk bekerja sekali dengan dia daripada segi kolaborasi atas pentas untuk tahun ini saya okay saja nama pun kerja jadi saya professional saja,” kata Lan kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi