suria

Bukan malas layan peminat, Sharif Zero pun ada perasaan kena sergah suruh buat lawak

PELAWAK Sharif Zero pernah dilabel sombong hanya gara-gara tidak melayan permintaan peminat yang mahu dia membuat lawak secara spontan ketika bertemu dengannya.

Sharif atau Sharif Kadir Doli, 33, berkata, bukan niatnya mempamerkan sikap sedemikian tetapi peminat harus memahami bukan setiap masa dia dapat membuat lawak secara spontan apatah lagi apabila disergah ditempat awam.

"Ada cakap saya sombong bila jumpa di luar tapi mana yang kenal saya tahu karakter saya macam mana. Bukanlah 24 jam kita kena melawak sebab ada masa-masanya mood kita pun bukannya sentiasa gembira.

"Apa buat saya kurang senang cara segelintir yang menegur itu tidak kena cara, tak bagi salam tiba-tiba minta buat lawak.

"Kurang-kurang bagi salam. Terasa juga dengan sikap mereka tapi nak buat macam mana, inilah nasib seorang pelawak," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi