suria

“Kalau manual takut perempuan lagi”... Aidil, Fasha Sandha rancang buat IVF timang anak lelaki

MAHU memiliki anak lelaki pula, pelakon Aidil Aziz berkata dia dan isteri iaitu Fasha Sandha bakal membuat rawatan persenyawaan in vitro (IVF).

Aidil atau Mohd Aidil Abdul Aziz, 38, berkata mereka tidak mahu terlalu gelojoh melakukan rawatan itu kerana buat masa ini masih banyak lagi perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Aidil lagi, dia belum pernah melakukan sebarang petua yang dicadangkan untuk mendapatkan cahaya mata lelaki.

“Perancangan saya dengan Fasha insyaAllah tahun ini kami mahukan anak lelaki. Tapi apapun kena bagi kerja selesai dan ada masa terluang.

“Kami rancang selepas raya sebab bulan puasa nanti saya sibuk nak berniaga. Nak buat IVF ini, perlukan mental dan fizikal. Fasha pun bila mengandung kena rehat, tak boleh nak shooting dan sebagainya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi