suria

Sudah dirisik tapi Bunga Isme belum sedia kahwin, mahu fokus kerjaya cari duit sebelum bergelar isteri

PENYANYI Bunga Isme memberitahu dia tiada perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya meskipun dia sudah pun dirisik oleh keluarga kekasihnya sebelum ini.

Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jalaini, 24, memberitahu berkahwin bukanlah fokus utamanya buat masa ini.

Sebaliknya dia mahu fokus dan stabilkan sumber kewangannya terlebih dahulu sebelum bergelar isteri.

“Kami memang ambil serius mengenai perkara ini dan merisik awal pun sebab tak mahu keluarga salah faham atau ragu-ragu dengan hubungan ini.

“Saya nak fokus kepada karier malah pasangan saya pun mahu fokus kepada kerjanya jadi untuk persiapan perkahwinan tu belum ada lagi.

“Kahwin adalah ibadah mulia tapi kena sedia dengan segala perkara yang bakal terjadi selepas berkahwin tu, mungkin lagi dua atau tiga tahun kot kahwin sebab saya muda lagi,” kata Bunga kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi