suria

Terlalu aktif buat content media sosial, ramai pengikut muda tak tahu Zarul Umbrella seorang penyanyi

GARA-GARA sering aktif di aplikasi TikTok, Zarul Umbrella memberitahu ada segelintir pengikut tidak mengenalinya sebagai penyanyi sebaliknya menyangka dia seorang content creator.

Zarul atau Zairulkefli Husin, 50, bagaimanapun berkata dia tidak berkecil hati mengenai perkara itu malah menggangap itu adalah satu kejayaan buatnya dalam dunia media sosial yang sedang diceburi kini.

“Sekarang ini saya memang aktif sikit di TikTok buat pelbagai content dan memang saya banyak habiskan masa saya dekat situ sekarang ini.

“Ada juga yang dm saya tanya adakah masih aktif menyanyi sebab nak ajak menyanyi sekali, bukan terlupa yang saya penyanyi tapi terbawa-bawa bidang baru saya sebagai content creator sebab semuanya saya sunting sendiri kan.

“Ada generasi muda yang tak kenal saya sebagai penyanyi tapi sebagai TikToker dan saya tak kecil hati pun sebab maksudnya apa yang saya buat sekarang ini berjaya la, nak kenal sebagai penyanyi pun okay atau TikToker pun okay,” kata Zarul kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Zarul, Umbrella, penyanyi, TikToker, Pramugara,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi