suria

Nabila Razali lega suami tetap ‘cool’ walau terpalit kecaman... Nasihat netizen jaga bahasa ketika menegur

GARA-GARA mengenakan seluar pendek ketika bercuti, suami penyanyi Nabila Razali iaitu Nik Iruwan Nik Izani menerima teguran dan kecaman netizen di media sosial.

Menerima setiap teguran dengan hati terbuka, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, bagaimanapun meminta supaya netizen menegur dengan berhemah dan tidak menyinggung perasaan suaminya itu.

“Kita semua manusia dan pasti akan melakukan kesilapan sebab tak semua orang sempurna, Bella percaya dengan perubahan dan percaya dengan proses seseorang untuk menjadi lebih baik.

“Kalau anda nak beri nasihat teruskan sebab kami akan baca komen anda semua, terima kasih atas keprihatinan semua tapi kena jaga bahasa itu saja yang nak pesan.

“Bella faham suami dan suami pun faham Bella jadi perkara tu bukan masalah besar selagi ia tidak menjatuhkan maruah atau martabat keluarga jadi okay saja,” kata Nabila kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi