suria

Niat buat showcase nak jumpa peminat, tapi Hamdan tiba-tiba jatuh sakit... Senario sedih tak dapat melawat sebelum balik KL

AHLI kumpulan Senario terkilan kerana tidak dapat menziarahi dan bertemu dengan rakan mereka iaitu Hamdan yang kini sedang dirawat dan ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada Ahad lalu.

Kata Azlee atau Azlee Jaafar, 57, meskipun niat mereka mahu menziarahi rakannya itu sebelum pulang ke ibu kota tidak kesampaian, namun dia tetap yakin rakannya itu kuat dan akan kembali sembuh.

“Senario berada di sini untuk menziarahi rakan kami iaitu Hamdan namun malangnya tak dapat ziarah dan tak boleh masuk sebab dia berada di wad unit rawatan rapi (ICU).

“Tapi kita doakan semoga Hamdan cepat sembuh dan tunggu saja laporan terkini daripada isterinya (Malini) untuk mendapat perkhabaran daripada pihak doktor dan meminta peminat semua mendoakan supaya Hamdan kembali sembuh atas izin Allah,” kata Azlee.

Dalam pada itu, Yasin dan Saiful Apek memberitahu mereka akan kembali ke Johor Bahru beberapa hari lagi bagi mendapatkan sendiri maklumat mengenai rakannya itu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi