suria

Penyanyi sudah langsai hutang RM10,000, Man Raja Lawak serik bagi pinjam duit dekat kawan

PELAWAK Man Raja Lawak akhirnya mampu menarik nafas lega apabila isu hutang RM10,000 melibatkan seorang penyanyi popular sudah pun selesai.

Man atau Abdul Rahman Kassim, 46, berkata, selepas mendedahkan perkara itu di media sosial miliknya, penyanyi berkenaan menghubunginya untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Susulan kes itu, Man memberitahu dia sudah serik meminjamkan wang kepada orang lain termasuk kenalannya sendiri.

"Memang serik tapi kalau saya mahu bantu sesiapa selepas ini, saya tak bagi pinjam tapi bagi terus (halalkan).

"Tapi tidaklah amaun besar, kalau nak bagi dalam RM100 atau RM300 itu tak perlu bayar, saya bagi terus,"katanya ketika ditemui mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi