suria

Tak pandai bercinta punca Wanns Ahmad belum ada GF, ‘turn off’ didekati sebab status selebriti

TAK pandai bercinta menjadi faktor utama pelakon dan penyanyi Wanns Ahmad masih tidak mempunyai teman wanita meskipun usianya sudah mencecah 33 tahun.

Wanns atau Wan Nur Salam Wan Ahmad berkata, dia juga mudah berasa kekok apabila bersama wanita sehingga membuatkan dia tidak berani mendekati sesiapa.

"Saya sebenarnya seorang yang tak pandai bercinta dan berborak dengan wanita... Macam mana nak 'try' perempuan.

"Saya teringin sebenarnya nak berkahwin, tengok kawan-kawan lain yang dah berkeluarga dan ada anak tapi mungkin belum masanya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Wanns juga menolak dan berasa 'turn off' jika ada wanita mendekatinya hanya kerana dia seorang selebriti dan bukan disebabkan siapa dia yang sebenarnya.

Sebaliknya, dia lebih selesa jika dapat mendekati seorang perempuan yang tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti.

"Saya bukanlah seorang selebriti popular pun malah masih ramai tidak kenal saya tetapi saya ada satu prinsip kalau wanita itu mendekati kerana saya seorang selebriti, itu membuatkan saya turn off.

"Kalau nak mulakan sesuatu hubungan saya lebih selesa kalau dia tidak kenal siapa saya," katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi