suria

Hampir 2 tahun bergelar duda, Luqman Hafidz belum fikir cari calon isteri

HAMPIR dua tahun bergelar duda, pelakon Luqman Hafidz belum terbuka hati menerima kehadiran orang baharu dalam hidupnya buat masa ini.

Luqman atau Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, 32, sebaliknya memberitahu keutamaan dia ketika ini adalah memberi fokus kepada karier lakonan berbanding mencari pasangan hidup.

"Mungkin kedengaran cliche tetapi buat masa sekarang fokus saya hanya kepada karier sebagai pelakon dan perkara lain mungkin akan menggangu kerjaya saya.

"Apabila fokus ke arah karier, isu fasal pengganti atau berkahwin saya tak fikir sangat buat masa ini," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Luqman memberitahu dia masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri iaitu Nurul Atiqah demi anak perempuan tunggal mereka, Eve Laura, 2 tahun.

"Kami perlu berhubung sebab anak... Apa sahaja kami lakukan sekarang semuanya sebab Eve.

"Alhamdulillah hubungan kami dalam keadaan baik dan tiada masalah berjumpa jika ia berkaitan dengan anak kami," ujarnya.

Untuk rekod, Luqman dan Atiqah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2020 sebelum bercerai pada Jun 2022.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi