suria

Faye Kusairi tergerak hati buka gerai nasi ayam ketika hamil anak ketiga, laris setiap hari ‘sold out’

PELAKON Faye Kusairi meluahkan rasa syukur apabila jualan nasi ayam yang diusahakannya menerima sambutan hangat orang ramai selepas tular di media sosial.

Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 36, berkata gerai yang beroperasi di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur menjadi bualan hangat netizen setelah ditularkan oleh rakan artis iaitu pelakon Azza Elite baru-baru ini.

“Minggu ini adalah minggu ketiga saya berniaga dan sambutan sangat menggalakkan. Ini kali pertama meniagakan jadi rasa sangat seronok dan tak sangka selepas tular jualan habis cepat dan tempahan makin bertambah.

“Saya nak berterima kasih kepada kakak Azza sebab dia la yang tularkan peniagaan nasi ayam saya ni sampai jadi laku macam ini, pertama kali jumpa di Bukit Antarabangsa dan sini juga la titik permulaan perniagaan saya dan dia yang bantu terima kasih,” kata Faye kepada mStar.

Ditanya karier lakonan, Faye berkata dia masih lagi aktif dalam dunia seni malah bakal beraksi kembali pada Januari depan untuk drama terbaharu terbitan Astro.

“Saya masih aktif sebenarnya dan selepas pantang anak ketiga pun masih ada penggambaran dan insyaAllah bulan Januari ini akan ada penggambaran.

“Tapi tak pasti lagi sebab masih dalam perancangan nanti lagi pun tak apa sebab seronok meniaga walaupun berlakon tu saya punya minat jadi saya cuba bahagikan sebaiknya,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi