suria

Ahirine Ahirudin tak rasa main sukan lasak jatuhkan ‘harga’ wang hantaran, kalau sayang mesti terima dengan ikhlas

KECEDERAAN adalah perkara biasa apabila melakukan sukan lasak seperti Muay Thai dan lumba kereta.

Bagi pelakon Ahirine Ahirudin, dia ada perasaan risau apatah lagi apabila ada mengatakan kaum wanita tidak boleh terlibat dalam sukan lasak atau melakukan kerja berat kerana mungkin boleh menyebabkan peranakan jatuh.

Namun kata Ahirine, 27, perkara itu sebenarnya adalah mitos malah sudah bertanya kepada jurulatih dan doktor bertauliah tentang keshahihan pantang larang berkenaan.

“Sangat merisaukan lagi-lagi bila ada yang cakap boleh jatuh peranakan.

“Tapi saya dah tanya jurulatih dan doktor, mereka kata perkara itu (sukan lasak) tidak jatuhkan peranakan.

“Ia mitos. Kadang-kadang buat benda sikit pun boleh jatuh peranakan dia,” katanya kepada mStar.

Aktres ini juga berpendapat tidak akan jatuh harga wang hantaran seseorang wanita yang bermain sukan lasak.

Bagi Ahirine, jika sudah sayang pasti individu itu akan menerima dengan ikhlas.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi