TIADA bangsa yang pemalas!
Itu tegas pelawak dan usahawan Shuib apabila ada segelintir pihak berpendapat kaum Melayu sebagai bangsa pemalas.
Kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, isu itu juga sensitif untuk dibahaskan namun berpendapat ia berbalik kepada sikap individu itu sendiri.
“Kalau namanya Melayu malas, habis itu yang tak malas bangsa apa?
"Tak boleh macam itu... Semua bangsa sama sahaja, sebab ia berbalik kepada individu bukan bangsa.
"Kalau individu itu orangnya memang malas memang malaslah dia, tak kira bangsa dan sebaliknya," katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI