suria

“Aku rindu, nak peluk Apak”- Angah Projector Band mahu jumpa Harry Khalifah, lupakan sengketa lama

SEKIAN lama tidak bertegur sapa kerana perselisihan faham dengan Harry Khalifah, gitaris kumpulan Projector Band iaitu Angah memberitahu dia memasang impian untuk bertemu komposer berkenaan bagi menjernihkan semula hubungan mereka.

Angah atau Razif Zainudin, 31, berkata dia mahu menamatkan segala kemelut antara mereka dan merindui hubungan rapat seperti bapa dan anak sebelum ini.

“Saya rindu sangat dekat dia, abang Harry saya minta maaf dan nak jumpa peluk cium, kalau boleh jangan ada orang lain cuma kita berdua saja yang berjumpa waktu tu.

“Baru-baru ini Angah masuk TikTok dia waktu tengah live dan saya bagi gift kemudian dia perasan saya jadi kami mula berborak hampir sejam lebih, tak sangka pula dia okay dan cerita balik kenangan dulu-dulu terus saya jadi sebak.

“Kami ni macam anak dan bapa bergaduh, lagipun saya hilang ayah masa tingkatan dua dan saya anggap dia macam bapa, jadi bila jadi macam ini memang saya rindu sangat, dia pernah ada susah senang sekali,” kata Angah kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi