suria

Ropie tak boleh bersendiri, cerita pengalaman kerap diserang ‘panic attack’

PELAWAK Ropie memberitahu sehingga kini dia tidak boleh bersendirian kerana bimbang terkena gangguan serangan panik.

Ropie atau Zahid Tajuddin, 56, bagaimanapun bersyukur kerana serangan tersebut tidak lagi menganggunya seperti dahulu selepas melakukan rawatan terapi bagi mengubati penyakitnya itu.

“Sekarang ni Alhamdulilah dah okay sikit tak lagi kena serangan panik macam dulu sebab saya tak boleh duduk sendiri cuma kadang-kadang datang juga serangan tu tapi boleh kawal la.

“Mungkin sebab saya sudah beristeri... dulu waktu kena teruk tu saya masih status duda jadi macam-macam saya fikir waktu tu.

“Penyakit ni tak boleh hilang sepenuhnya, siapa yang kena pasti tahu cumanya dia tidak menganggu kerja, doktor cakap saya masih okay/

“Sekarang ni kalau kena balik serangan tu saya banyakkan istigfar dan cari orang sekeliling untuk teman saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi