suria

Aliff Syukri bantu Ira Kazar bagi ‘job’ jadi model tudung, artis mahal pun pernah bayar tapi tak viral

GERAM apabila dikecam kerana menggunakan artis atau individu viral dengan perkara negatif bagi tujuan pemasaran, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meminta netizen memandang daripada sudut positif.

Kata Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, selama ini dia membayar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan zakat sehingga mencecah puluhan juta ringgit namun tiada pula yang memuji.

“Inilah orang Melayu benda baik tak nak pandang, benda buruk sahaja pandang, saya bayar LHDN dan zakat puluh juta, ada orang pandang?

"Sebab itu saya nasihatkan jangan lihat perkara ini dari sisi negatif, kalau saya tak ambil artis atau individu buruk tu mereka tiada pekerjaan dan buat perkara bukan-bukan macam mana?

"Bukan saya suruh mereka selak kain, saya suruh jadi model... apa masalah netizen," katanya kepada mStar.

Nama Aliff menjadi bualan selepas mengambil Ira Kazar sebagai model sehingga ada pihak mencadangkan untuk memboikot barangan usahawan berkenaan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi