suria

“Jangan takut kahwin” - Beego dan Linda makin bahagia, ujian buat lebih matang

PENGALAMAN pahit dalam rumah tangga sebelum ini banyak mengajar pasangan pelakon Beego dan Linda Hashim menjadi lebih matang dalam hubungan perkahwinan.

Mengulas mengenai perkara itu, Beego atau Mohamad Aszerul Nizam, 43, berkata dia dan isteri kini melalui kehidupan lebih tenang dengan menghindari perkara yang negatif kerana khuatir menggangu keharmonian rumah tangga.

“Mungkin apa yang saya lalui sebelum ini adalah fasa onak dan duri namun selepas fasa dua atau ketiga insyaAllah akan okay, jangan risau dan jangan takut untuk kahwin.

“Nasihat saya kepada pasangan di luar sana tolong bertahan dan lalui bersama sebab ada satu fasa tu kena letak tepi ego dan rendahkan diri, jangan beri orang luar masuk campur dan buat sesuatu keputusan yang baik.

“Dapatkan ketenangan buat diri sendiri dan yang paling penting kena hindari perkara yang negatif yang boleh rosakkan hubungan tu,” kata Beego kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi