suria

Bocil pasang impian menetap terus di Malaysia, gigih ulang-alik demi peminat

PELAWAK Bocil Bancin memasang hasrat untuk menetap di negara Malaysia sepenuhnya pada tahun 2024 bagi meneruskan karier seninya.

Bocil atau Muhammad Abdi Zein Bancin, 39, bagaimanapun berkata impiannya itu mungkin tidak kesampaian kerana isu status kewarganegaraannya.

Bocil bagaimanapun berkata dia tidak akan menghampakan peminat dan memilih untuk berulang alik ke negara ini sekiranya ada jemputan persembahan.

“Sejak pandemik sebelum ini memang tidak lagi tinggal di Malaysia cuma kalau ada projek maka akan ulang alik dari Indonesia ke Malaysia dan sebenarnya memang teringin untuk menetap Malaysia sepenuhnya.

“Cuma susah untuk dapatkan status kewarganegaraan seperti visa atau IC (kad pengenalan)... malah dalam doa tu memang selalu ada semoga saya dan Malaysia tidak terpisah.

“Kalau dulu banyak program di televisyen jadi mereka yang uruskan semua hal mengenai ini, jadi bila sudah tiada agak susah sikit, awal tahun ini agak perlahan tawaran tapi Alhamdulilah bila penghujung tahun banyak juga tawaran di Malaysia,” kata Bocil kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi