suria

Aziz M. Osman dihujani tawaran berlakon, kenang Mamat Khalid jadi pembuka jalan

WALAUPUN lebih dikenali sebagai pengarah, Aziz M. Osman tidak melihat ia sebagai penghalang meneruskan karier sebagai seorang pelakon.

Aziz atau Abdul Aziz Othman, 61, berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga, rezeki dalam bidang lakonan lebih baik berbanding tawaran mengarah drama atau filem.

"Bagi mereka yang tak tahu, saya memang seorang pelakon sebelum terjun daam bidang pengarahan sekitar tahun 80-an dan mendapat tawaran berlakon.

"Rezeki saya tahun ini memang banyak ke arah lakonan dan saya tidak melihat ia sebagai satu masalah untuk datang ke set sebagai pelakon kerana kita dibayar untuk berlakon," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Aziz turut menzahirkan penghargaan kepada Allahyarham Mamat Khalid yang kembali membuka ruang kepadanya untuk aktif berlakon selepas watak sebagai Pak Jabit dalam 19 Puasa mendapat sambutan luar biasa penonton.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi