suria

Lama kumpul duit, Haqiem Stopa selamat jalani pembedahan kaki... Tahun depan tak perlu tongkat lagi

LEBIH tiga tahun menahan sakit pada kaki kiri akibat kemalangan jalan raya, personaliti media sosial Haqiem Stopa memberitahu akhirnya penderitaan itu bakal hilang setelah dia menjalani pembedahan baru-baru ini.

Haqiem atau Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 23, berkata dia terpaksa mengambil masa agak lama untuk membuat pembedahan itu kerana faktor kewangan yang tidak mencukupi bagi membiayai kos rawatan yang menelan puluhan ribu ringgit.

“Keadaan sekarang ni Alhamdulilah sebab baru 20 hari buat pembedahan dan nak kata pulih tu belum lagi sepenuhnya, tak boleh jalan atau berdiri sepenuhnya, ni la orang asyik bercakap kenapa pakai tongkat sedangkan jalan macam normal tapi sebenarnya saya kawal benda tu.

“Kos rawatan ni agak tinggi juga bagi siapa yang pernah patah kaki buat pembedahan di hospital swasta pasti akan tahu jumlahnya.

“Pertama sekali masalah kewangan sebab saya berasal daripada orang susah jadi kena cari duit lebih sikit sebab nak buat dekat hospital swasta dan ada alasan sendiri daripada segi keselesaannya, bila duit dah cukup baru buat,” kata Haqiem kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi