suria

Dah cuba pelbagai aktiviti lasak, Hawa Rizwana teringin main motor tapi tidak kesampaian ayah tak bagi

SENTIASA sukakan cabaran dalam sukan lasak, pengacara dan pelakon Hawa Rizwana terpaksa melupakan hasrat menyertai sukan motorsikal.

Cerita Hawa atau Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 28, bapanya tidak memberi keizinan untuk melakukan aktiviti tersebut, malah sehingga kini dia masih tiada lesen motor.

“Tahun ni dah naik Gunung Kinabalu, pertama kali juga saya lari 21 kilometer InsyaAllah tahun hadapan ada perkara yang lebih baik.

“Sukan tinju pun dah buat, jadi tahun hadapan saya ingat nak cuba naik motor pula... tapi ayah tak bagi.

“Dia memang tak bagi sampai nak ambil lesen motor pun tak boleh,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi