suria

Syukur ramai ikut ‘Geng Subuh Macam Jumaat’, Alif Satar seru individu bagi komen negatif datang masjid sertai kempen

ENGGAN memikirkan pandangan negatif segelintir pihak tentang kempen #GengSubuhMacamJumaat, pelakon dan penyanyi Alif Satar berkata niatnya hanya untuk menyebarkan perkara positif.

Kata Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 33, dia bersyukur dengan sambutan kempen berkenaan yang dianggap berjaya dalam merapatkan lagi ukhwah sesama umat Islam.

"Saya tak pernah ambil peduli benda ni (kata-kata negatif), saya tahu semua yang membaca ada yang ikut serta Geng Subuh Macam Jumaat ada pemikiran positif yang sama.

"Saya doakan siapa yang rasa benda-benda negatif tu... itu semua hanyalah gangguan sahaja, jom ikut kawan turut serta dan anda juga boleh berubah menjadi lebih baik... saya pun sama insyaAllah.

"Mereka boleh kata apa mereka nak tapi saya rasa sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan saya nak ramai orang turut serta kempen Geng Subuh Macam Jumaat,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Alif bersama Eyka Farhana dan Fasha Sandha iaitu Anak Perjanjian Syaitan 2 mula ditayangkan pada 4 Januari 2023.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi