suria

Prono tak puas hati asyik bawa watak orang jahat, bimbang penonton jemu - “Katanya tidak sesuai dengan muka”

SEPANJANG 25 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon veteran Prono tidak berpuas hati hanya diberikan watak sebagai penjahat sahaja.

Ini kerana rupa parasnya itu membuat pengarah kurang yakin dengan dirinya untuk menggalas watak-watak lain.

Prono atau nama sebenarnya Mat Saad Abd Ghani mengakui bimbang sekiranya penonton bosan dengan karakter sama dilakonkan itu.

“Abang berlakon sudah berpuluh tahun tapi nampak perkara itu macam sama saja tak ada perubahan asyik berlakon watak sama saja jadi saya tak puas hati sebab pengarah tu tak nak ubah.

“Bagi saya untuk tahun ini harus berubah sikit jangan buat benda yang sama sebab nanti orang pun akan jemu dengan saya sebab asyik jadi jahat saja mungkin tengok muka saya jadi kurang sesuai watak baik.

“Saya teringin nak berlakon watak baik tapi pengarah tak bagi, asyik jadi perompak, pencuri jadi untuk watak baik tak mahu dan saya bosan sebab berlakon dah lama,” kata Prono kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi