suria

Jual kereta bukan sebab tiada ‘job’, Lan Zailan nak beli MPV... Bengang netizen tuduh anak tak ambil peduli

PELAKON Lan Zailan bengang apabila terdapat segelintir netizen memburukkan anak-anaknya selepas keluar cerita mengenai dia mahu menjual kereta kerana kurang tawaran berlakon.

Sebaliknya, pelakon Lan Zailan, 65, berkata, dia mahu jual dua kereta miliknya kerana mahu membeli kereta yang lebih selesa untuk mudahkan urusan meniaga.

Tambah aktor itu, dia berasa marah apabila netizen membuat andaian anak-anak mengabaikan dirinya.

"Ada pula kata anak saya tiada ke sampai abaikan saya, netizen tu silap!

"Saya didik anak saya sehingga dewasa sampai sudah ada lapan cucu... takkan nak cakap anak bagi duit tiap-tiap bulan kena hebahkan pada netizen.

"Saya tidak didik anak saya macam itu, tapi kalau netizen nak didik anak mereka macamtu itu mereka punya fasal," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi