suria

Rahsia kurus jalan kaki dua jam sehari... Man Raja Lawak sakit hati dituduh potong usus hidap kencing manis

PELAWAK Man Raja Lawak memberitahu dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan untuk menurunkan berat badan.

Kata Man atau Abdul Rahman Kassim, 47, dia lebih selesa melakukan senaman dan mengawal pemakanan berbanding membuat pembedahan bariatrik atau potong usus untuk kurus.

“Bila baca komen netizen siapa sahaja tidak sakit hati, saya bertungkus lumus jalan kaki satu jam kadang-kadang malam pun jalan lagi satu jam.

“Kalau kata nak kurus bukannya mudah... bila kita potong usus tu duit satu hal lepas itu tak original, bagi saya baik kurus secara asli.

“Saya jalan kaki dan bersenam, pada masa sama minum produk kesihatan untuk kawal selera makan sahaja,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi