suria

“Kalau tak kurang ajar, tak kelakar”... Pak Ya tidak kecil hati jadi bahan lawak Sepahtu, tahu batas gurauan

SERING dilihat menjadi bahan jenaka kumpulan Sepahtu, ada peminat meluahkan rasa simpati dengan pelawak senior Ilya atau Pak Ya.

Menjawab mengenai perkara itu, Ilya atau mesra dengan panggilan Pak Ya berkata dia tidak pernah berasa kecil hati malah menggangap itu adalah perkara biasa dalam dunia komedi.

“Sikap individu ni berbeza, Jep seorang yang serius dan komited dengan kerja... jadi saya kena ikut juga cara dia.

“Apa yang baik kita ambil dan apa yang buruk simpan dalam hati saja. Kalau semua nak luah mesti rasa tak aman.

“Dalam dunia komedi ni terutamanya kumpulan pasti akan ada seorang jadi bahan jenaka, kalau tidak susahlah sebab takkan kita nak bahan penonton pula kan, jadi bagi saya perkara ni biasa sebab kalau tak kurang ajar tak kelakar,” kata Pak Ya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi