suria

Dah rancang kahwin tahun 2023, Yasmin Hani enggan lagi terburu-buru soal jodoh... “I dah tak nak stres”

UMUM mengetahui pelakon Yasmin Hani dan Alif Hadi sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta, namun sehingga kini aktres berkenaan masih belum ada bayangan untuk mendirikan rumah tangga.

Yasmin atau Yasmin Hani Ismail Richardson, 45, berkata komitmen kerja dan beberapa menyebabkan urusan perkahwinan mereka tergendala.

“Kalau tak jadi tahun ini pun hidup mesti diteruskan juga sebab kalau tak ada jodoh pun kami okay saja.

“Perancangan itu tahun lepas dah ada tapi bila masing-masing sibuk kerja, itu jadi diam sekejap. Banyak pula perkara berlaku sebelum ini.

“Saya tak nak kejar atau paksa untuk kahwin sebab kalau rancang macam mana sekali pun kalau takdir kata tak jadi, tetap tak jadi, kita kena terima apa sahaja takdirnya,” kata Yasmin kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi