suria

Ahli psikologi tetamu podcast cerita di sebalik rakaman video... Tak setuju tapi jangan sampai caci Rosyam

PENCERAMAH psikologi dikenali sebagai Aiman Amri mengakui dia juga kurang bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh Datuk Rosyam Nor berhubung membenarkan pusat pelacuran untuk warga asing di Malaysia.

Aiman yang juga merupakan tetamu dalam program berkenaan berkata cadangan itu jelas melanggar peraturan yang ditetapkan oleh negara.

Pun begitu, Aiman atau Mohammad Aiman Amri, 32, meminta supaya netizen tidak meneruskan kecaman terhadap Rosyam dan meminta mereka menonton video penuh untuk penjelasan lanjut.

“Perkara yang haram tetap haram saya tak nafikan itu sebab kenyataan yang dikeluarkan memang agak kontroversi, tapi semua orang tahu karakter Datuk Rosyam yang macam mana dia jenis orang yang lantang kalau berikan idea walaupun saya tak setuju sebenarnya.

“Saya tahu perkara ini sensitif tapi janganlah sampai mencaci atau maki hamun dan saya baca ada yang doakan tak baik untuk Datuk Rosyam, saya rasa itu melampaui batas.

“Potongan video dua minit tu mungkin menyebabkan ramai yang salah faham sehingga menjadikan ia kontroversi tapi sekiranya anda tonton video penuh banyak lagi perbincangan yang kami bincangkan mengenai isu ketagihan pornografi, tip dan peranan dalam masyarakat,” kata Aiman kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi