suria

Percaya rakan baik nak bagi coin, Diva BB kena scam dengan ‘Sofi Jikan’ sampai hilang akaun TikTok

PERSONALITI media sosial Diva BB meluahkan bengang apabila menjadi mangsa penipuan atau scammer sehingga dia kehilangan akaun TikTok miliknya.

Apa yang membuatkan dia lebih kesal, individu berkenaan menyamar menjadi rakannya iaitu pelakon Sofi Jikan bagi melakukan penipuan di aplikasi berkenaan.

Diva atau nama sebenarnya Mohd Fazli Abd Rahman, berkata dia sudah membuat laporan polis sedang berusaha mendapatkan kembali akaun itu.

“Pagi tu saya dalam perjalanan ke kerja kemudian dapat mesej daripada TikTok Sofi Jikan kemudian tawarkan coin bernilai 80 ribu, lepas tu dia minta saya bagi maklumat lebih lanjut mengenai akaun saya sebab nak pindahkan coin tersebut.

“Atas dasar kepercayaan saya pun berikan nombor kemudian akaun saya terus tak boleh buka, kemudian dia kata kena pindahkan duit baru dapat kembali, lepas semuanya saya sudah buat tapi masih tak dapat juga.

“Saya hubungi Sofi Jikan dan rupanya dia pun terkena perkara yang sama, jadi tanpa buang masa saya buat laporan polis dan sekarang ini saya akan pergi ke pejabat TikTok untuk dapatkan kembali akaun tersebut. Tahun 2024 ni awal tahun memang cabaran besar buat saya apabila perkara ini jadi,” kata Diva BB kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi