suria

Kecaman netizen ada hikmah tersendiri, followers TikTok Sharifah Zarina naik mencanak!

NAMA penyanyi Sharifah Zarina kembali melonjak naik terutama dalam kalangan peminat generasi baharu susulan video menyanyikan lagu Dawai sebelum ini tular di media sosial.

Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 43, berkata, walaupun hebat dikecam namun ada hikmah di sebalik kejadian termasuk perubahan drastik dalam karier seninya.

"Masa mula-mula berdepan kecaman itu saya rasa sedih juga sebab tidak pernah kena seperti itu. Saya terkejut juga sebab sekarang netizen ada kuasa untuk membuat penilaian terhadap artis.

"Tapi Alhamdulillah bila kena kecam nama saya makin dikenali pula walaupun dengan cara tidak baik.

"Malah tawaran dalam bidang seni semakin banyak malah ketika ini saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama 13 episod," katanya kepada mStar.

Tidak hanya itu, pengikutnya di laman sosial juga meningkat secara drastik dan melihat ia sebagai perkembangan baik bagi memperkenalkan dirinya kepada peminat generasi muda.

"Pengikut di TikTok memang bertambah, ada baiknya tetapi saya tidak pula berbangga dengan apa terjadi," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi