suria

Ada pihak bengkak hati dengan Shuhaimi Lua, jawab tuduhan pengarah kesayangan stesen TV

PENGARAH Shuhaimi Lua menepis dakwaan mengatakan dia merupakan anak emas apabila banyak drama arahannya ditayangkan di sebuah televisyen swasta.

Perkara itu sekali gus mengakibatkan beberapa pengarah lain berasa kurang senang dengan layanan istimewa diterimanya.

Menjelaskan salah faham itu, Shuhaimi atau Shuhaimi Lua Abdullah berkata, dia juga perlu melalui proses sama sebelum diberikan sesuatu projek.

"Jangan jahat mulat sangat ya! Itu semua rezeki, yang penting berikan terbaik.

"Bukan semua 'pitching' saya dapat, ada juga yang ditolak stesen TV tapi itu bukan alasan untuk berputus asa," katanya kepada mStar.

Dalam pekembangan lain, Shuhaimi bakal tampil dengan karya terbaharu arahannya iaitu filem Pontianak 200KG yang bakal temui penonton tidak lama lagi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi