suria

9 tahun bersabar, akhirnya Taiyuddin Bakar jadi bapa... Tak pernah ikhtiar zuriat cuma tawakal kepada Allah

SELEPAS sembilan tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Taiyuddin Bakar dan isteri iaitu Zila Zulkifli meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan anak pertama pada Selasa.

Kata Taiyuddin atau Salehuddin Abu Bakar, 41, dia dan isteri tidak pernah melakukan apa-apa ikhtiar seperti disarankan orang ramai, sebaliknya sering beristighfar dan tawakal kepada Allah SWT.

"Kami tak pernah buat apa-apa ikhtiar seperti yang disyorkan oleh beberapa orang... mereka kata makan itu, jumpa ini dan buat urut sekalipun kami tak buat.

"Kami juga tak pernah periksa kesuburan, kami cuma husnuzon atau bersangka baik pada Allah.

"Dan saya sangat teruja apabila ada netizen letak hashtag berdamai dengan takdir, subhanaAllah," katanya kepada mStar.

Taiyuddin juga tidak meletakkan apa-apa ketetapan buat anaknya apabila sudah dewasa, cuma mengharapkan cahaya mata pertama itu sentiasa hidup dalam keberkatan Allah.

Untuk rekod, pasangan ini sah bergelar suami isteri pada Mei 2014 di Kota Madinah.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi