suria

Tak serik! Kali ini Izuan Razali ‘mengamuk’ tengah jalan pula... Enggan ubah imej walau sudah berduit

NAMANYA sudah dikenali, namun pelakon Izuan Razali mahu kekal dengan penampilannya sejak awal pembabitan dalam dunia seni.

Izuan, 32, berkata dia selesa dengan imej yang dibawa meskipun ada pihak kurang selesa dengan penampilannya itu.

“Alhamdulilah rezeki sekarang pun makin bertambah dan sekarang saya fokus kepada perniagaan saya sendiri dan akan datang ada keluaran terbaru lagi.

“Dulu dan sekarang memang berbeza serta ketara sangat dan kalau lihat saya dalam video atau jumpa luar memang berbeza, kalau cakap dengan orang pun saya hormat orang dan itu memang pegangan saya manakala dalam video personaliti berbeza.

“Untuk menukar imej contohnya korporat memang tak la tapi untuk akan datang doa la saya berubah, cumanya buat masa sekarang ni saya lebih selesa dengan imej macam ini, duit memang tak boleh beli saya,” kata Izuan kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Izuan bakal muncul dalam filem terbaharu berjudul Jiwa 18 belas yang akan menemui penonton di pawagam bermula 18 Januari ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi