suria

Eyka Farhana masih semangat sokong Palestin, posting kena ‘remove’ bukan alasan henti solidariti

PELAKON Eyka Farhana percaya sokongan padu rakyat Malaysia kepada masyarakat Palestin masih belum pudar.

Kata Eyka atau Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 29, masih banyak lagi cara untuk menunjukkan sokongan kepada mereka meskipun kebelakangan ini banyak posting berkaitan diturunkan di platform media sosial.

“Walaupun isu Palestin disekat di media sosial... seperti kalau kita muat naik posting berkaitan, ia diturunkan dan saya alami perkara sama.

“Tapi kita sebagai manusia kena lawan, masih ada lagi cara lain seperti beri bantuan dan salur sumbangan pada mereka,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi