suria

“Keluarlah abang”... Syazwan Zulkifly tak percaya Aman Graseka mesej minta pinjam duit, rakan artis sedia bantu

PELAKON Syazwan Zulkifly terkejut apabila mendapat tahu rakan artis iaitu Aman Graseka kini berada dalam kesusahan sehingga terpaksa meminjam wang.

Tidak mengetahui perkara sebenar, Syazwan atau Mohd Syazwan Zulkifly, 37, meminta supaya Aman tampil menjelaskan mengenai berita tular itu dan bukanlah hanya mendiamkan diri.

“Melalui pengalaman bekerja dengan dia sebelum ini dalam drama 7 Hari Mencintaiku, dia sangat senang untuk bekerja dan tiada sebarang karenah sepanjang di set penggambaran.

“Tiada masalah dengan isu pinjam duit tapi dengan apa yang berlaku sekarang ni apabila ramai bercakap mengenai dia, saya tak rasa dia sejenis orang yang macam itu.

“Saya agak terkejut juga dengan apa yang berlaku ni tapi siapa yang kenal dia mungkin tahu hal sebenar sebab manusia berubah kan, harap kepada abang Aman keluar la dan beritahu kepada kami apa yang terjadi kepada abang, kalau ada masalah, kami tiada masalah nak bantu,” kata Syazwan kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi