suria

Afieq Shazwan ditawar ‘job’ jadi anak ikan, tolak sebab takut scammer... “Saya ingatkan perempuan saja”

PELAKON dan penyanyi Afieq Syazwan mendedahkan dia pernah ditawarkan pekerjaan tidak bermoral iaitu menjadi lelaki simpanan atau anak ikan.

Afieq atau Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 27, berkata, tawaran tersebut diterimanya selepas dia melakonkan watak 'anak ikan' dalam drama Rampas Cintaku.

Tidak berminat dengan tawaran berkenaan, Afieq berkata dia bertindak menyekat akaun berkenaan dan menganggap ia hanyalah satu bentuk penipuan atau scam.

“Ada (tawaran anak ikan). Saya hanya menganggap dia scam atau akaun palsu. Dia (akaun) itu cuma bagitahu benda (harga) boleh bincang.

“Sejujurnya, saya ingatkan tawaran ini hanya untuk perempuan, tetapi rupanya lelaki pun ada. Saya tidak berapa gemar la dalam realiti perkara itu,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Afieq merupakan pelakon dalam drama Rampas Cintaku musim kedua bersama Fasha Sandha, Keith Foo, Erra Fazira, Zarul Umrella dan ramai lagi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi