suria

Fad Bocey lepas rindu melawak guna ‘live’ TikTok, murah rezeki dapatlah gift

KURANG menerima tawaran lakonan pada tahun 2023, pelawak Fad Bocey memberitahu dia lebih aktif membuat siaran langsung atau live menerusi TikTok.

Fad atau Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 33, bagaimanapun bersyukur kerana meskipun kurang tawaran berlakon namun masih mencukupi bagi menampung keluarganya waktu itu.

“Kurang tawaran berlakon ni sebelum main TikTok lagi dan memang tak berapa banyak sangat malah bagi saya ini mungkin ketentuan Allah dah tetapkan untuk saya.

“Bagi saya sekarang ini kalau ada terima banyak job pun saya akan live di TikTok kalau kurang pun job pun sama juga sebab itu akaun saya dan seronok pula sekarang ini kerana tiada batas.

“Bukan apa rindu nak buat persembahan pentas sebab lama sudah tiada jadi lepaskan rindu di TikTok saja dan Alhamdulilah saya masih ada duit simpanan jadi itulah penyelamat kerana kerja macam kami ni tak menjamin apa-apa,” kata Fad kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi