suria

Set penggambaran bukan tempat sihat, Nadiya Nissa tak bagi anak ceburi dunia lakonan

PELAKON Nadiya Nisaa mendedahkan dia pernah terdetik hati untuk tidak meneruskan kariernya sebagai seorang pelakon.

Cerita Nadiya atau Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 39, persekitaran di set penggambaran dianggap tidak sihat sehingga boleh menyebabkan seseorang jatuh sakit meskipun usia muda muda.

Malah Nadiya juga berkata dia sebolehnya tidak mahu anaknya menyambung legasinya sebagai anak seni.

“Ada ramai senior yang jatuh sakit kerana tidak ada kehidupan yang seimbang. Makanan tidak jaga, bila nak berjaga kena ambil Nescafe, kopilah, merokok la. Benda itu yang tidak sihat.

“Dia terpaksa ambil benda itu sebab nak kejar masa. Lepas itu dengan keadaan yang kejap sejuk, panas. Itu yang membuatkan ramai pihak produksi jatuh sakit awal. Ada yang umur 40 sudah kena serangan jantung,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi