suria

Namie tak kejar anugerah, takut kalau menang tiada job pula... Dah siap sedia ‘back up plan’

PELAWAK Namie enggan meletakkan harapan tinggi untuk memenangi sebarang anugerah tahun ini sebaliknya berserah kepada takdir serta rezeki tuhan.

Jelas Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, 28, dia lebih selesa sekiranya tidak memenangi apa-apa anugerah buat masa ini kerana khuatir kemenangan itu membuatkan dia kurang mendapat tawaran kerja.

“Anugerah adalah perkara yang saya tak kejar langsung sebab saya bimbang kalau dapat (anugerah) nanti orang akan takut dengan saya dan agak paranoid mengenai itu.

“Saya tak ada nak orang letakkan harapan tinggi sangat kepada saya dan risau orang akan fikir harga pun tinggi sedangkan harga masih sama saja... kalau selepas menang job RM500 pun saya ambil.

“Jangan buat andaian sendiri mengenai soal harga, tapi buat masa ini lebih baik orang terima bakat serta kenali saya dulu berbanding kejar anugerah,” kata Namie kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi