suria

Stacy tak sanggup ambil job review perlu buat content seksi, risau anak dan keluarga marah

PENYANYI Stacy Anam enggan menerima tawaran yang memerlukan dia menghasilkan content berunsurkan seksual.

Memikirkan hati orang sekeliling, Stacy atau Ummu Syaikhah Stacy Anam, 34, berkata dia bimbang penghasilan video berkenaan akan menyebabkan nama keluarganya turut terpalit sama.

“Untuk buat perkara itu tak boleh sebab nanti anak kami akan marah malah ibu bapa pun sama akan marah saya dan Akim nanti.

“Banyak hati yang perlu dijaga jadi kami ada yang content yang tertentu nak buat tu, kalau yang sampai melampaui batas tu memang tak akan buat, geli pula nak berlakon macam tu nanti.

“Bukan setakat pembayaran saja tapi memang kena jaga batas juga dan buat masa sekarang ini memang tiada lagi yang tawarkan untuk buat macam tu tapi dulu memang ada lagipun saya tak selesa nak buat tu,” kata Stacy kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi