suria

Fizz Fairuz syukur jadi penyampai radio, kurang ‘job’ lakonan kerana disangka mahal ada gelaran Datuk

PELAKON Datuk Fizz Fairuz mendedahkan kurang menerima tawaran lakonan sejak kebelakangan ini kerana ada beranggapan dia demand harga kerana memegang status Datuk.

Mengulas mengenai perkara itu, Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 44, berharap mana-mana pihak tidak membuat andaian tanpa usul periksa kerana dakwaan itu sama sekali tidak benar.

“Ikutkan sudah dua tahun tiada kerja berlakon sangat, lepas penggambaran filem Mat Tudung ada la orang panggil tapi jadi tetamu undangan dan berlakon sikit saja, jadi agak struggle juga buat saya tahun lepas.

“Susah juga nak jangka mengenai ini tapi kebanyakkan orang suka buat andaian sendiri, tak tanya harga kemudian terus cakap mahal sebab status saya Datuk, malah ada yang cakap saya sudah kaya jadi tak perlu berlakon.

“Datuk itu kurniaan macam anugerah kerja kita, jadi kerja berlakon masih macam biasa jangan salah faham, tiada isu timbul tak nak berlakon ke apa ke sebab lambat laun kita akan berjumpa juga,” kata Datuk Fizz kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi