suria

Ajak Shiro ulang SPM ambil kertas Matematik, masuk kelas tuisyen dengan anak

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Ajak Shiro bakal mengambil peperiksaan ulangan subjek Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Ajak atau Mohd Hanafi Razak, 39, berkata, dia membuat keputusan itu selepas memasuki kelas tuisyen subjek berkenaan bersama anak sulungnya yang turut lemah dalam Matematik.

"Apabila hantar anak masuk tuisyen nampak dia agak tertekan, jadi saya cakap pada isteri daftarkan saya sekali.

"Sudahnya saya belajar Matematik bersama anak dengan guru yang sama di pusat tuisyen berkenaan.

"Walaupun saya sudah tua tapi saya tetap mahu ambil peperiksaan ulangan sebab sedar pendidikan itu penting dan saya sendiri pun teringin mahu sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ajak tidak setuju dengan segelintir selebriti dan pempengaruh media sosial tentang pendidikan kurang penting tidak sepatutnya dijadikan kebiasaan kerana ia boleh mempengaruhi anak muda.

"Kurang elok cakap macam itu sebab sejauh mana pun kita pergi ilmu dan adab adalah keutamaan.

"Ilmu penting kerana orang akan pandang kalau kita berpelajaran. Saya sendiri pentingkan pelajaran anak-anak dan pesan pada mereka agar jangan ikut jalan seperti saya," katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi